Kontraktor cabul tiga anak tiri ditahan

Seorang kontraktor ditahan kerana disyaki mencabul tiga anak tirinya di sebuah rumah di Bandar Baru Selayang antara Februari hingga Oktober lalu. (Gambar hiasan)
Seorang kontraktor ditahan kerana disyaki mencabul tiga anak tirinya di sebuah rumah di Bandar Baru Selayang antara Februari hingga Oktober lalu. (Gambar hiasan)
A
A
A

GOMBAK - Seorang kontraktor ditahan kerana disyaki mencabul tiga anak tirinya di sebuah rumah di Bandar Baru Selayang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menahan lelaki berusia 52 tahun itu pada jam 12.40 pagi.

"Tangkapan itu susulan laporan daripada mangsa berusia 14 tahun yang mendakwa ayah tirinya mencabulnya ketika ibunya tidur atau tiada di rumah.

"Kejadian berlaku pada Februari hingga Oktober lalu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Arifai berkata, suspek turut mengugut mangsa supaya jangan memberitahu kejadian itu kepada sesiapa.

"Selain itu, dua orang kakak mangsa berusia 15 dan 20 tahun turut dicabul oleh ayah tirinya. Kakak mangsa berusia 20 tahun itu merupakan orang kurang upaya (lembam).

"Apabila abang dan mak ciknya mengetahui hal ini, mereka telah membawa mangsa membuat laporan polis," katanya.

Menurutnya, ketiga-tiga mangsa telah dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan perubatan.

Artikel Berkaitan:

"Suspek akan direman di Mahkamah Selayang bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377C KK/Sek 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!