PAC panggil Tiong Lai bulan ini

Kah Woh pada Program Edaran Limau Mandarin bersama Adun Canning, Jenny Choy Tsai Jen di Pasar Kampung Simee hari ini.
Kah Woh pada Program Edaran Limau Mandarin bersama Adun Canning, Jenny Choy Tsai Jen di Pasar Kampung Simee hari ini.
A
A
A

IPOH - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan siasatan berhubung projek Sistem Permit Kemasukan Kenderaan Pendaftaran Asing (VEP) yang bernilai hampir RM150 juta.

Timbalan Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata, siasatan akan bermula pada 20 Februari ini dengan memanggil bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

“PAC akan menyiasat satu isu yang dibangkitkan dalam laporan Ketua Audit Negara Siri 2 berkenaan VEP yang melibatkan Kementerian Pengangkutan.

“Ia juga melibatkan menteri pengangkutan ketika itu iaitu Tiong Lai dan beliau akan dipanggil seperti yang diumumkan kami sebelum ini. Dijangka pada 20 Februari ini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor berkata demikian ketika ditemui pada Program Edaran Limau Mandarin bersama Adun Canning, Jenny Choy Tsai Jen di Pasar Kampung Simee di sini, hari ini.

Menerusi laporan Ketua Audit Negara 2017 yang dibentangkan di Parlimen 3 Disember lalu, terdapat peningkatan drastik dalam perbelanjaan operasi pelaksanaan sistem yang bernilai RM149.45 juta.

Bagaimanapun, didapati kontraktor yang dilantik itu mempunyai RM35.54 dalam akaun dan bukannya RM2.3 juta seperti yang diperlukan.

Antara penemuan audit lain adalah peralatan seperti kamera, palang tol dan alat pembaca di lorong tol bernilai RM4.07 juta masih belum dipasang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!