Malaysia tandatangani Perjanjian Kerjasama Ekonomi Serantau
KUALA LUMPUR - Malaysia menandatangani Perjanjian Kerjasama Ekonomi Serantau (RCEP) serentak bersama 14 lagi negara secara maya menerusi sidang video tepat jam 12.49 tengah hari tadi.
Perjanjian hasil lapan tahun rundingan itu ditandatangani Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mewakili kerajaan disaksikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sempena hari akhir Sidang Kemuncak ASEAN hari ini.
RCEP yang merangkumi 10 Ekonomi Asia Tenggara bersama China, Jepun, Korea Selatan, New Zealand dan Australia bakal menjadi pemangkin bagi pemulihan ekonomi pasca koronavirus (Covid-19) demi membantu membuka pasaran baharu serta memantapkan rantaian bekalan serantau.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!