Ribuan ayam bertaburan

Ratusan bekas berisi 1,920 ayam bertaburan di Kilometer 82, Jalan Jerangau - Jabur, semalam.
Ratusan bekas berisi 1,920 ayam bertaburan di Kilometer 82, Jalan Jerangau - Jabur, semalam.
A
A
A
DUNGUN - Ratusan bekas berisi hampir 2,000 ekor ayam bertaburan di atas jalan apabila lori yang dinaiki tiga beradik dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Kilometer 82, Jalan Jerangau - Jabur di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah malam, lori membawa muatan ayam dipandu Yusmaiza Yusof, 30, terbalik sebaik sahaja dirempuh kereta jenis Proton Saga berhampiran simpang tiga Universiti Teknologi Mara UiTM Bukit Besi itu.

Rempuhan turut mengakibatkan dua lelaki yang menaiki kereta, Fazli Abdul Kapar, 21 dan rakan sebayanya, Abdul Muiz Zulfadli Ab Wahab mengalami kecederaan parah.

Yusmaiza berkata, sewaktu kejadian dia bersama dua adiknya, Yuswadi, 27 dan Yusmawi, 23, mengambil ayam di Gambang Pahang untuk dihantar ke kilang memproses ayam di Sungai Rengas Kuala Terengganu.

Menurutnya, setibanya di lokasi sebuah kereta yang keluar dari simpang meluncur laju sebelum merempuh tayar belakang lori.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan lori terbalik dan 192 bakul plastik yang berisi 1,920 ekor ayam bertaburan di atas jalan.

“Kami tiga beradik merangkak keluar melalui tingkap cermin dan bersyukur tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Rempuhan kuat sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipercayai mengalami kerosakan brek menyebabkan lori membawa muatan ayam terbalik.
Rempuhan kuat sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipercayai mengalami kerosakan brek menyebabkan lori membawa muatan ayam terbalik.

Katanya, mereka kemudiannya membantu dua lelaki di dalam kereta berkenaan yang tersepit di tempat duduk sebelum meminta bantuan penduduk Kampung.

Artikel Berkaitan:

“Kedua-dua mangsa di dalam kereta berjaya dikeluarkan sebelum dibawa ambulan ke Hospital Dungun untuk menerima rawatan. Rempuhan sangat kuat dan kereta mereka naiki remuk," katanya.

Yusmaiza berkata, dia mengalami kerugian kira-kira RM5,000 berikutan sebahagian ayam yang dibawa mati ketika lori terbalik.

“Kemalangan ini menyebabkan kira-kira 900 ekor ayam mati. Sebahagian lagi ayam yang masih hidup itu kemudiannya dipindahkan ke sebuah lori lain untuk dibawa ke Kuala Terengganu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Kereta Proton Saga yang dinaiki dua sahabat itu dipercayai dalam perjalanan dari sebuah kedai makan di Bukit Besi menuju ke rumah mereka di Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS).

“Sebaik tiba di persimpangan, kereta terbabit dipercayai mengalami kerosakan brek sebelum merempuh tayar belakang lori,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!