Selfie pun salah ke, soal Najib
Dalam hantaran di Facebook beliau, Najib meminta mereka bertenang kerana beliau ke situ untuk ‘jalan-jalan, sembang-sembang dan makan ikan bakar sahaja’.
“Buat ‘selfie’ pun salah? Sampai ada beberapa orang perlu membuat laporan polis terhadap saya.
Rileks-lah. Saya ke sini untuk jalan-jalan, sembang-sembang dan makan ikan bakar sahaja,” tulis beliau.
Hari ini, polis mengesahkan menerima laporan berkaitan program berswafoto bersama Najib di pulau tersebut.
Ketua Polis Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, lima laporan tersebut dibuat ahli Bersatu Langkawi di Balai Polis Kuah pada jam4.30 petang, semalam.
Laporan tersebut meminta polis menjalankan siasatan dan tinjauan sama ada program tersebut mendapat permit, ada unsur hasutan serta perkauman.
Dalam pada itu, Najib juga tertanya-tanya apakah lagi tindakan bakal diambil terhadapnya selepas ini.
“Tahun lepas nak sekat saya main Facebook, sekarang nak larang saya selfie dengan kawan-kawan.
“Apa lagi selepas ini?,” ujarnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!