Tiada kejadian bunuh diri di Genting Highlands: Polis

Tangkap layar video berdurasi 29 saat menunjukkan seorang wanita terjun dari bangunan manakala seorang lagi terbaring di jalan raya dipercayai telah terjun terlebih dahulu tular di media sosial dengan keterangan kononnya berlaku di pusat peranginan itu.

A
A
A

KUANTAN - Polis mengesahkan tiada kejadian dua wanita membunuh diri dengan terjun dari bangunan di Genting Highlands, kira-kira 180 kilometer dari sini, seperti yang tular di media sosial hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman ketika dihubungi di sini berkata, video itu adalah rakaman kejadian lama yang tular semula dipercayai berlaku di luar negara sekitar 2017.

Hari ini, rakaman video berdurasi 29 saat menunjukkan seorang wanita terjun dari bangunan manakala seorang lagi terbaring di jalan raya dipercayai telah terjun terlebih dahulu tular di media sosial dengan keterangan kononnya berlaku di pusat peranginan itu.

Keterangan lain menyatakan kedua-dua wanita tersebut kononnya terjun dari tingkat 18 selepas kehilangan kerja kerana dipecat.

Bagaimanapun, kejadian sebenar video itu dipercayai melibatkan dua beradik yang tinggal di luar negara dan difahamkan mengalami masalah tekanan selama beberapa tahun sebelum kejadian berlaku. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!