Ebit Lew bantu pengusaha bas sekolah

Ebit menyampaikan bantuan barangan dapur kepada salah seorang pengusaha bas semalam. Foto Facebook Ebit Lew
Ebit menyampaikan bantuan barangan dapur kepada salah seorang pengusaha bas semalam. Foto Facebook Ebit Lew
A
A
A

KUALA LUMPUR - Cuti persekolahan dalam tempoh yang panjang ketika negara berdepan pandemik koronavirus (Covid-19) menjejaskan pendapatan pemandu bas serta van sekolah.

Lebih menyedihkan apabila mereka tidak dapat mencari pekerjaan lain sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun kesukaran mereka mendapat perhatian pendakwah terkenal, Ebit Lew yang menyerahkan sumbangan barangan dapur kepada 250 pemandu bas dan van sekolah petang semalam.

Menerusi hantaran di Facebook beliau, Ebit berkongsi kesedihan dengan nasib pemandu bas sekolah berkenaan.

"Sayu sebak petang ini (semalam) apabila pemandu bas sekolah minta bantuan.

"Saya hadiahkan sedikit barang dapur untuk 250 orang pemandu. Saya bungkus dari Elewsmart tadi (semalam).

"Ada beberapa orang saya beri sedikit duit belanja," tulisnya di laman sosial itu semalam.

Artikel Berkaitan:

Ebit menyampaikan bantuan barangan dapur kepada salah seorang pengusaha bas semalam. Foto Facebook Ebit Lew
Ebit menyampaikan bantuan barangan dapur kepada salah seorang pengusaha bas semalam. Foto Facebook Ebit Lew

Menurutnya, Covid-19 yang melanda negara sejak Mac lalu menyebabkan kebanyakan mereka terpaksa mengambil ikhtiar lain bagi menyara keluarga.

"Tahun 2020 cuma enam bulan ada pendapatan, enam bulan lagi langsung tiada pendapatan. Enam bulan nak tampung setahun, macam mana untuk kelangsungan hidup.

"Ramai yang jadi pengantar makanan dan jual kuih serta berniaga kecil-kecilan.

"Sekarang nak mulakan perniagaan bukanlah senang.. Ya ALLAH, syarikat besar pun banyak tutup," kongsinya lagi.

Ebit meluangkan masa beramah mesra dengan pengusaha van sekolah semasa menyampaikan sumbangan barangan dapur, semalam. Foto Facebook Ebit Lew
Ebit meluangkan masa beramah mesra dengan pengusaha van sekolah semasa menyampaikan sumbangan barangan dapur, semalam. Foto Facebook Ebit Lew

Beliau turut memuji pengorbanan pemandu bas dan van sekolah yang membantu ibu bapa menguruskan anak-anak bersekolah.

"Tanpa mereka susahnya mak ayah nak urus anak-anak ke sekolah, kini semua mak ayah bekerja. Mereka memudahkan anak kita menjadi orang mulia dan berjaya.

"Kini waktu ujian mereka pula, marilah kita doakan dan cuba bantu mereka walau sedikit. Semoga Allah terima usaha kecil kita," kongsinya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!