Parlimen Ukraine lulus undang-undang tentera 30 hari
KIEV - UKRAINE. Presiden Ukraine, Petro Poroshenko, semalam menandatangani dekri memperkenalkan undang-undang tentera selama 60 hari, namun Parlimen hanya meluluskan ia dilaksanakan selama 30 hari.
Keputusan itu dibuat sehari selepas Rusia menembak dan merampas tiga kapal tentera laut milik Kiev hingga mencetuskan konflik baharu antara kedua-dua negara.
Undang-undang tentera itu membolehkan sekatan terhadap pergerakan dan perhimpunan awam, perintah berkurung dan media.
11 langkah yang digariskan dalam dekri itu juga menyediakan untuk menggerakkan pasukan simpanan, menganjurkan pertahanan udara terhadap kemudahan negara yang penting dan mengambil langkah meningkatkan keselamatan siber dan memastikan keselamatan awam.
Dalam perkembangan berkaitan, Majlis Keselamatan PBB (UNSC) akan mengadakan mesyuarat tergempar atas permintaan Rusia dan Ukraine. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!