Uji adrenalin di Skytropolis Funland!

Skytropolis Funland kini dibuka semula selepas lebih setahun ditutup untuk kerja pengubahsuaian.
Skytropolis Funland kini dibuka semula selepas lebih setahun ditutup untuk kerja pengubahsuaian.
A
A
A

GENTING HIGHLANDS - Kunjungan Genting Highlands kini pasti berbeza dan lebih menyeronokkan apabila Skytropolis Funland di Resorts World Genting (RWG), kini dibuka semula kepada orang ramai.

Sebelum ini, taman tema itu ditutup selama lebih setahun bagi kerja pengubahsuaian secara besar-besaran.

Berwajah baharu, Skytropolis Funland menjanjikan memberikan pengalaman berhibur dan penuh debaran dengan permainan 'indoor' yang lebih hebat.

Bukan itu sahaja, pengunjung pasti teruja melihat sinaran lampu neon berwarna-warni menghiasi ruang berkeluasan 400,000 kaki persegi di tingkat 1, First World Plaza tersebut.

Sebagai permulaan, 13 jenis permainan ditawarkan, manakala sembilan lagi dijangka beroperasi dalam tempoh terdekat.

Antara permainan mencabar yang pasti mengujakan dan meningkatkan adrenalin pengunjung.
Antara permainan mencabar yang pasti mengujakan dan meningkatkan adrenalin pengunjung.

Tarikan permainan itu termasuk Power Surge, Sky Tower, Spin Crazy, Bumper Boss, Disco, Boo Bum, Tea Cups dan Balloon Race.

Naib Presiden Kanan Bahagian Taman Tema RWG, Brian Machamer berkata, taman tema ini juga diceriakan dengan paparan skrin LED mega pada dinding dan siling sepanjang kira-kira 50 meter yang memancarkan pelbagai tema animasi.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, pihaknya melabur lebih RM300 juta bagi kerja ubah suai taman tema dengan pelbagai konsep.

Katanya, pengunjung berpeluang merasai pengembaraan dalam pelbagai tema fantasi mengagumkan.

“Kami sentiasa berusaha memberikan pengalaman terbaik kepada pengunjung.

“Pembukaan semula Skytropolis Funland diharap dapat menarik lebih ramai pengunjung dengan sasaran lebih 7,000 orang setiap hari,” katanya.

Skytropolis Funland dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu untuk kanak-kanak, keluarga dan ekstrem.

Sinaran lampu neon berwarna-warni menghiasi ruang berkeluasan 400,000 kaki persegi di tingkat 1, First World Plaza.
Sinaran lampu neon berwarna-warni menghiasi ruang berkeluasan 400,000 kaki persegi di tingkat 1, First World Plaza.

Terdapat juga permainan-permainan realiti maya bertaraf antarabangsa seperti The Void, Imaginatrix dan Big Top Games Park untuk dinikmati pengunjung.

Skytropolis Funland dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Tiket bagi setiap alat permainan boleh didapati di kaunter pembelian disediakan atau ke kios mesin layan diri pada harga RM10 bagi Isnin hingga Jumaat, manakala RM15 pada Sabtu, Ahad, cuti umum dan cuti persekolahan.

Pas previu Skytropolis ditawarkan pada harga RM60, manakala pembelian secara dalam talian boleh dibuat dengan melayari laman web www.rwgenting.com.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!