Wilayah Bebas Berniaga: NGO, ahli politik didakwa kutip fi
KUALA LUMPUR - Peniaga kecil yang mahu beroperasi menerusi Program Wilayah Bebas Berniaga mendakwa ada badan bukan kerajaan (NGO) mengutip bayaran fi bagi mengeluarkan kebenaran untuk beroperasi.
Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkata, pihaknya menerima aduan daripada beberapa peniaga kecil berhubung kegiatan itu yang didakwa didalangi NGO dan ahli politik yang bukan mewakili Pakatan Harapan (PH).
Beliau berkata, semua peniaga dinasihatkan berhubung terus dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mendapatkan kebenaran tersebut.
"Saya ingin menyeru peniaga untuk tidak membayar fi tidak rasmi seperti ini dan berhubung terus dengan DBKL untuk kebenaran berniaga.
"Hapuskan peranan orang tengah seperti ini," katanya menerusi kemaskini di laman Facebook, hari ini.
Sebelum ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan pelaksanaan Wilayah Bebas Berniaga selama enam bulan bermula hari ini hingga 15 April 2021 bagi membantu meringankan bebanan penduduk khususnya susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pegerakan Bersyarat (PKPB).
ARTIKEL BERKAITAN: Wilayah Bebas Berniaga: MPP, DBKL selaras peniaga
'Boleh buka gerai di mana-mana kawasan sesuai di KL'
KL telah diisytiharkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan sebagai Wilayah Bebas Berniaga. Kini, ada beberapa peniaga kecil...
Posted by Hannah Yeoh on Sunday, November 15, 2020
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!