Mana pendirian BN, Pas?

 Firdaus Jaafar
Firdaus Jaafar
A
A
A
PENDANG - Tindakan kerajaan Malaysia menghalang atlet Israel menyertai acara sukan di negara ini adalah wajar.

Penyelaras Dun Tokai, Firdaus Jaafar berkata keputusan ini seharusnya disambut baik oleh semua pihak terutama masyarakat Islam.

Katanya, namun begitu Pas dan BN dilihat lebih bertindak mendiamkan diri daripada mengulas berkaitan perkara ini.

"Rakyat Malaysia yang cintakan keadilan tidak perlu berfikir jauh untuk memahami rasional kenapa Malaysia di bawah kerajaan PH membuat keputusan tegas untuk menyekat kemasukan atlet dari negara Israel itu," katanya.

Firdaus yang juga Pegawai Khas Exco Hal Ehwal Agama Islam Kedah berkata, Pas dilihat bersungguh-sungguh mengheret isu Sheikh Omar Ali sebagai ahli lembaga Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

"Walhal beliau seorang Islam, terpelajar dan mendapat kebenaran Sultan namun masih ditentang oleh Pas akan pelantikkannya.

"Mereka sering mengaitkan isu berkenaan dengan DAP sedangkan pelantikan Sheikh Omar tidak mendapat sebarang bantahan daripada pihak DAP," katanya.

Menurut Firdaus, MCA telah menyuarakan ketidakpuasan hati mereka berkaitan larangan kemasukkan atlet Israel.

"Kononnya larangan ini boleh merugikan negara, namun apa yang diperkatakan MCA tidak langsung dibantah oleh Pas dan BN.

Artikel Berkaitan:

"Sedangkan jika kita lihat isu atlet Israel ini lebih besar dan penolakkan atlet Israel ini telah menggembirakan masyarakat Islam seluruh negara," katanya.

Tambah Firdaus, Pas dan BN perlu mempunyai pendirian tersendiri berkaitan isu ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!