Anggota polis trafik cedera dihempap khemah

Nazmi (kanan) cedera selepas dihempap khemah di SJR Plaza Tol Duta di sini hari ini.
Nazmi (kanan) cedera selepas dihempap khemah di SJR Plaza Tol Duta di sini hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis trafik cedera dihempap khemah ketika menjalankan tugas sekatan jalan raya (SJR) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Plaza Tol Duta di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, anggota terbabit Koperal Nazmi Abdullah cedera selepas khemah itu runtuh dan menimpa kepalanya ketika hujan lebat serta angin kencang petang tadi.

"Ketika kejadian, anggota dari Bahagian Kawalan Lalulintas JSPT Kuala Lumpur itu sedang berteduh di bawah khemah sebelum ia runtuh dan menimpa kepalanya.

"Anggota berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan," katanya dalam kenyataan hari ini selepas meluangkan masa melawat Nazmi di HKL.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!