[VIDEO] Anggota polis trafik maut motosikal terbabas

Anggota polis trafik maut dalam kemalangan di Jalan Damai Puspa 5 berhadapan Balai Polis Alam Damai semalam.
Anggota polis trafik maut dalam kemalangan di Jalan Damai Puspa 5 berhadapan Balai Polis Alam Damai semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis trafik maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh penghadang jalan di Jalan Damai Puspa 5 berhadapan Balai Polis Alam Damai, di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, mangsa, Sarjan Fariq Raub, 41, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada jam 7.50 malam.

"Siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal Yamaha 135 LC hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan.

"Motosikal mangsa kemudian merempuh penghadang jalan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz," katanya dalam kenyataan semalam.

Zulkefly berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!