'PSG perlukan Kante bukan Messi'

Aksi Kante dalam saingan EPL baru-baru ini. Foto : Theprideoflondon.com
Aksi Kante dalam saingan EPL baru-baru ini. Foto : Theprideoflondon.com
A
A
A

Bekas pemain Paris Saint-Germain (PSG) Eric Rabesandratana menegaskan pasukan berkenaan memerlukan pemain seperti N’Golo Kante dan bukannya Lionel Messi jika mahu memenangi trofi Liga Juara-Juara.

Rabesandratana berkata, Kante yang dikaitkan dengan perpindahan ke PSG pada jendela perpindahan pemain musim panas bagaimanapun difahamkan telah menandatangani kontrak lanjutan dengan Chelsea bagi mengharungi saingan Liga Perdana Inggeris musim 2019/20.

Menurutnya, biarpun gergasi Ligue 1 itu dikaitkan dengan kedatangan Messi, namun Kante dilihat lebih sesuai untuk PSG.

“Bagi saya, Kante adalah pemain yang sepatutnya dimiliki oleh PSG untuk memenangi Liga Juara-Juara. Bukannya Messi mahu pun pemain lain.

“Kante telah beraksi dalam 50 peratus perlawanan tahun lalu dan saya sifatkannya sebagai satu kerugian besar buat pemain sepertinya.

“Oleh itu sekiranya saya adalah pemilik PSG saya pasti akan ‘pecah masuk’ ke bank bagi menandatangani kontrak dengan Kante,” katanya.

Untuk rekod, Kante telah menjaringkan gol bagi membantu kemenangan 1-0 Perancis ke atas Portugal dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA (Nations Cup) selain membantu kemenangan 4-1 skuad The Blues itu ke atas Sheffield United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Justeru, aksi pemain berusia 29 tahun itu telah memikat pengurusan Chelsea untuk mengekalkan khidmatnya di Stamford Bridge sehingga musim 2023.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Rabesandratana berkata, aksi Kante disifatkan sebagai mengagumkan kerana mampu beraksi pada pelbagai posisi di tengah padang.

Katanya, Kante juga memiliki kawalan bola yang baik dan kriteria berkenaan dilihat agak penting bagi seseorang pemain bola sepak.

“Orang selalu berkata, Kante adalah pemain tengah bertahan yang bagus, tetapi sebenarnya dia boleh beraksi di pelbagai posisi dan dia kini dalam keadaan yang baik.

“Oleh itu, dia perlu sentiasa dilatih dalam menguruskan kebolehannya itu kerana dia adalah seorang pemain yang penting dalam pasukan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!