Kedai cuci kereta dihempap pokok kelapa sawit
KUALA SELANGOR - Sebuah kedai cuci kereta rosak akibat dihempap sebatang pokok kelapa sawit yang tumbang di Kampung Bukit Badong, Bestari Jaya di sini hari ini.
Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Selangor, Leftenan Muda (PA) Suzaini Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.28 pagi.
Menurutnya, seramai seorang pegawai dan dua anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba, kami mendapati terdapat sebatang pokok kelapa sawit bersaiz normal tumbang menghempap kedai cuci kereta terbabit," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.
Suzaini berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 60 minit untuk memotong dan membersihkan pokok tumbang yang menghempap kedai cuci kereta terbabit.
"Kerja-kerja menebang pokok tumbang dilakukan dengan menggunakan pemotong dan kapak. Operasi ditamatkan pada jam 11 pagi tadi," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!