'Anak arwah masih tidak tahu ibu mereka sudah tiada'

Solihan (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Md Rasol sambil ditemani dua anak Allahyarham Nurulain (duduk depan) di Kampung Sentosa, Pasir Gudang hari ini.
Solihan (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Md Rasol sambil ditemani dua anak Allahyarham Nurulain (duduk depan) di Kampung Sentosa, Pasir Gudang hari ini.
A
A
A

PASIR GUDANG - Saya masih tidak menceritakan kisah sebenar yang menimpa arwah Nurulain setiap kali anak bongsu bertanyakan di mana ibunya, kata Esah Buang, 63.

Esah adalah ibu kepada Nurulain Md Rasol, 27, yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 34 Lebuhraya Pasir Gudang kelmarin.

Esah berkata, setiap kali cucunya bertanyakan di mana ibunya, dia akan memberitahu ibu mereka sedang sakit dan mengambil ubat di hospital, tidak lama lagi akan balik selepas sembuh.

Allahyarham Nurulain yang merupakan ibu tunggal meninggalkan tiga cahaya mata iaitu Siti Aishah Abdullah, 10, Muhammad Rayyan Rafiuddin, 8, dan Muhammad Firdaus Mikail, 3, yang kini dijaga ibu dan bapanya, Md Rasol Jali, 71.

Menurut Esah, semasa kemalangan Allahyarham dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Sentosa di sini selepas bertemu rakan.

"Walau apapun terjadi makcik tetap akan menjaga kesemua cucu kami. Tidak sanggup berpisah dengan mereka kerana sejak kecil kami sudah menjaganya," katanya.

Esah berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima lawatan Exco Kerja Raya Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Mohd Solihan Badri di rumahnya hari ini.

Menerusi lawatan tersebut, Mohd Solihan menyampaikan sumbangan wang tunai daripada Selia Selenggara Selatan Sdn Bhd iaitu syarikat konsensi yang menyelenggarakan jalan Persekutuan di seluruh Johor dan TETO Engineering Sdn Bhd yang menyelenggarakan jalan negeri.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian pada jam 6.45 petang, Nurulain yang membonceng motosikal ditunggang rakannya maut dalam kemalangan di Kilometer 34 Lebuhraya Pasir Gudang.

Nurulain terjatuh selepas motosikal diboncengnya melanggar lubang dan mengakibatkannya cedera parah di muka dan kepala sebelum meninggal dunia di lokasi kejadian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!