Curi ekzos kereta untuk hasilkan emas putih

Razali (dua, kanan) menunjukkan antara ekzos yang dirampas susulan penahanan tiga lelaki pada 6 Oktober lalu.
Razali (dua, kanan) menunjukkan antara ekzos yang dirampas susulan penahanan tiga lelaki pada 6 Oktober lalu.
A
A
A

SERDANG - Polis menumpaskan sindiket curi ekzos kereta terbiar di tempat letak kenderaan dan bangunan kediaman sekitar Lembah Klang dalam satu serbuan pada 6 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, seramai tiga lelaki berusia lingkungan 36 hingga 54 tahun dalam serbuan berasingan di sebuah hotel di Jalan Imbi, Kuala Lumpur dan SS2, Petaling Jaya bersama 15 ekzos.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek berusia 54 tahun itu adalah pembeli utama barangan curi terbabit.

"Hasil siasatan terhadap suspek ketiga itu mendapati setiap satu ekzos yang dicuri sindiket akan dibeli dengan harga RM350 hingga RM650 mengikut jenis kenderaan.

"Suspek juga didapati menjual ekzos tersebut kepada sebuah syarikat yang dipercayai pembekal barang kemas dengan kadar RM1,500 setiap satu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang hari ini.

Katanya, pihaknya mendapati di dalam tabung ekzos itu mempunyai tiga bahan iaitu paladium, rodium, platinum yang akan dicampur dengan bahan kimia tertentu bagi menghasilkan emas putih.

"Kita percaya salah seorang suspek aktif membeli ekzos curi daripada suspek di sekitar Lembah Klang sejak tahun 2018, malah suspek juga menyasarkan kereta jenis Kia dan Hyundai.

"Semakan mendapati suspek berusia 36 tahun itu mempunyai 20 rekod lampau selain dikehendaki di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) manakala rakannya pula mempunyai rekod berkaitan dadah.

Artikel Berkaitan:

“Kesemua tangkapan terbabit kini direman mengikut POCA. Orang ramai terutama yang kehilangan ekzos diminta tampil membuat laporan bagi membolehkan siasatan dan tindakan lanjut diambil,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!