Nak pergi mohon bantuan, motosikal pula terbakar
KULAI - Hasrat seorang lelaki orang asli untuk memohon bantuan Baitulmal tidak tercapai apabila motosikal yang ditunggang bersama dua anak lelakinya rosak sebelum terbakar di Plaza Tol Senai di sini hari ini.
Bagaimanapun dalam kejadian itu, mangsa berusia 30-an dan dua anaknya yang berusia enam dan lapan tahun sempat menyelamatkan diri.
Menerusi hantaran Facebook rasmi Polis Daerah Kulai, kebakaran itu dipercayai berpunca daripada percikan api di bahagian enjin motosikal.
Menurutnya, kebakaran itu berjaya dipadam oleh seorang anggota polis dari Balai Polis Senai iaitu Koperal Mohd Redzuan Mohamed yang ketika itu bertugas di Sekatan Jalan Raya Plaza Tol Senai.
"Mohd Redzuan bergegas datang membantu memadamkan kebakaran. Walau bagaimanapun api cepat marak dan memusnahkan keseluruhan motosikal tersebut," katanya.
Difahamkan tiga beranak itu juga itu tersesat jalan ketika dalam perjalanan.
“SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA” Kulai, 16 Nov 2020 - Hasrat seorang lelaki Asli untuk memohon bantuan dari Baitulmal Johor...
Posted by Polis Daerah Kulai on Monday, November 16, 2020
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
Hospital Pasir Gudang dijangka beroperasi Mac tahun depan
Jangka tidak berlaku kenaikan harga makanan ketika banjir
Gagal bina rumah mampu milik, tiga pemaju dikenakan notis kaveat
Johor kekal larang penjualan vape, tidak pernah keluarkan lesen sejak 2016
Bin Zayed tarik diri projek Langkasuka: Sanusi bidas pihak salahkan kerajaan negeri
Maut dilanggar lori mengundur: Keluarga Mohd Hanis bakal ambil tindakan undang-undang
'Tolong jaga anak kami dengan baik, penuh kasih sayang'
[VIDEO] Ratusan mat rempit buat 'senaman malam' tolak motosikal
Sanusi lebih layak jadi calon PM berbanding Ahmad Samsuri- Zaid Ibrahim