Guardian tampilkan trend kecantikan terkini dunia
SEJAJAR dengan reputasinya sebagai sebuah destinasi kecantikan, Guardian Malaysia mara selangkah lagi dengan menampilkan trend kecantikan terkini dari seluruh dunia supaya keperluan pelanggan dalam normal baharu dapat dipenuhi.
Pengarah Pemasaran Runcit Guardian Health And Beauty Malaysia dan Singapura, Anna Ng berkata, sebelum ini orang ramai berkunjung ke luar negara untuk membeli produk-produk kesihatan dan kecantikan terkini, namun ia kini mustahil akibat pandemik koronavirus (Covid-19).
Justeru katanya, perubahan gaya hidup mencetuskan ilham untuk mengadakan Jualan Kecantikan Global (GBS) bagi memberikan pelanggan Guardian akses mudah yang berterusan kepada produk-produk kecantikan terhebat dari seluruh dunia pada nilai hebat.
"Kempen selama sebulan yang bermula pada 3 November sehingga 2 Disember 2020 ini menampilkan pelbagai produk kecantikan yang menjadi trend di seluruh dunia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, seleksi itu mewakili jenama terbaik dari semua jenama global dan mencerminkan komitmen Guardian terhadap kepercayaan yang diberikan kepadanya dalam memastikan pelanggan sentiasa mendapat produk berkualiti tinggi pada nilai hebat.
Katanya, inisiatif GBS adalah rentetan kepada pelancaran semula stor utama Guardian canggih di Suria KLCC yang mempamerkan produk-produk kesihatan dan kecantikan terkini serta teknologi paparan baharu.
Menurutnya, transformasi stor tersebut dibuat berdasarkan maklum balas daripada pelanggan mengenai keperluan produk, kualiti dan harga.
“Selain pilihan jenama dan produk yang pelbagai, kami juga menawarkan diskaun sehingga 50 peratus kepada para pelanggan sepanjang tempoh ini.
"Seleksi produk termasuk jenama-jenama kecantikan terkemuka dari Korea dan Jepun, produk kecantikan semula jadi terbaik, jenama-jenama baharu di Guardian dan barangan keperluan harian dari 26 negara termasuk Malaysia," katanya.
Anna berkata, antara tawaran-tawaran hebat lain ialah Beli 1 Percuma 1 untuk lebih 190 produk penjagaan peribadi, lebih 100 barangan penjagaan kulit ditawarkan pada harga RM11 dan sebuah kereta Honda Civic untuk dimenangi dalam peraduan Shop, Wave & Win.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk pada harga diskaun sepanjang Jualan Kecantikan Global sila layari www.guardian.com.my dan #guardianmy.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!