Dua gempa bumi landa tenggara Taiwan

Dua gempa bumi melanda tenggara Taiwan dalam tempoh dua jam.
Dua gempa bumi melanda tenggara Taiwan dalam tempoh dua jam.
A
A
A

TAIPEI - Dua gempa bumi melanda tenggara Taiwan dalam tempoh dua jam pada Selasa pagi, menurut Biro Cuaca Pusat (CWB).

Gempa dengan kekuatan 4.8 pada skala Richter menggegar Taitung pada jam 2.37 pagi dengan pusat gempa terletak kira-kira 133.7 kilometer di selatan daerah Taitung pada kedalaman 26.5 kilometer, lapor Agensi Berita Pusat Taiwan (CNA).

Pada 4.4 pagi, satu lagi gegaran melanda Taitung dengan kekuatan 4.9 pada skala Richter.

Menurut CWB kedua-dua gempa itu berlaku hampir di lokasi sama, setakat ini tiada sebarang kecederaan atau kerosakan dilaporkan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!