Noh nafi lompat parti

Noh Omar
Noh Omar
A
A
A

TANJUNG KARANG - Ahli Parlimen Tanjung Karang yang juga bekas Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar menafikan desas desus yang mengaitkan beliau antara pimpinan Umno yang bakal angkat kaki dan menyertai Bersatu.

Ahli Majli Tertinggi Umno itu menegaskan beliau tidak akan sesekali meninggalkan Umno apatah lagi selepas enam penggal dipilih sebagai ahli Parlimen adalah atas tiket dan sokongan Umno.

"Saya nak bagitahu bahawa saya tidak akan keluar daripada Umno. Saya menang bertanding di Parlimen Tanjung Karang ini dah enam penggal, menang bukan kerana Noh Omar sebaliknya kerana atas tiket BN dengan jenteranya yang bekerja siang malam.

Tular foto beberapa pemimpin tertinggi Umno termasuk Noh bertemu Dr Mahathir, September lalu mencetuskan pelbagai spekulasi termasuk kemungkinan mereka bakal keluar Umno.
Tular foto beberapa pemimpin tertinggi Umno termasuk Noh bertemu Dr Mahathir, September lalu mencetuskan pelbagai spekulasi termasuk kemungkinan mereka bakal keluar Umno.

"Saya sendiri boleh menilai betapa besarnya pengorbanan mereka (jentera parti) untuk beri kemenangan kepada saya kerana yakin dengan perjuangan Umno dan BN. Jadi adalah tidak wajar untuk saya meninggalkan Umno.

"Saya tegaskan sekali lagi, insya-ALLAH saya tidak akan tinggalkan perjuangan Umno," katanya kepada pemberita setelah merasmikan Mesyuarat PIBG SK Sungai Burong dan Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial foto beberapa pemimpin tertinggi Umno termasuk Noh bertemu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, September lalu lantas mencetuskan pelbagai spekulasi termasuk kemungkinan mereka bakal keluar Umno.

Dalam pada itu, Noh turut mengakui pertemuan itu berlaku bagi mendapatkan penjelasan setelah wujud khabar angin mengatakan Umno bakal diharamkan.

Artikel Berkaitan:

"Masa gambar itu tular saya sedang mengerjakan umrah. Saya pun terkejut melihat gambar itu tular tapi saya tak boleh buat kenyataan sebab yang ada bersama ketika itu adalah Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hassan), dia timbalan presiden jadi biarlah dia yang buat kenyataan

"Kita pergi bukan nak lompat, kita pergi macam Tok Mat cakap, sebab ada ura-ura mengatakan Umno nak diharamkan. Jadi kita tidak mahulah ia terjadi, saya masih ingat ketika itu Tun Mahathir pun bagitahu kita beliau tidak akan haramkan Umno.

"Itu saja, tidak timbul soal nak lompat parti dan seumpamanya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!