Saingan Liga-M bermula Februari tahun depan

Ab Ghani Hassan
Ab Ghani Hassan
A
A
A

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2021 akan bermula pada Februari tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, kalendar Liga-M akan bermula dengan perlawanan Piala Sultan Haji Ahmad Shah yang menemukan juara CIMB Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan naib juara liga, Kedah pada 26 Februari 2021.

Manakala, perlawanan domestik seperti CIMB Liga Super dan Liga Premier bermula pada 27 dan 28 Februari dan bakal berakhir pada 20 dan 21 Ogos.

"Kejohanan Piala FA bakal berlangsung pada 2 dan 3 Mac sehingga aksi final pada 11 September manakala TM Piala Malaysia bermula 17 dan 18 September sehingga 27 November.

"Kejohanan Piala Cabaran pula akan berlangsung pada 3 dan 4 September sehingga final pertama pada 6 atau 7 November diikuti final kedua pada 13 atau 14 November," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, bagi persiapn pasukan untuk musim 2021, pihak MFL telah menetapkan tempoh pendaftaran pertama bermula Sabtu ini 14 Februari tahun depan.

“Bagi tempoh pendaftaran kedua, pasukan boleh berbuat perkara sama bermula 12 Julai 2021 sehingga 8 Ogos 2021 di mana tempoh empat minggu masa telah diperuntukkan,” katanya.

Dalam pada itu, Ab Ghani memberitahu perancangan kalendar baharu Liga Malaysia bagi musim depan telah mengambil kira pelbagai aspek.

Artikel Berkaitan:

“Sepanjang bulan Januari 2021 beberapa siri taklimat oleh semua unit MFL kepada Pengurusan FC yang baharu untuk menyelaras pentadbiran pertandingan MFL dengan lebih teliti yang melibatkan Unit Pertandingan, Unit Komersil, Unit Media, Unit Penyiar Rasmi, Unit Strategi (ECP) dan lain–lain yang berkaitan bagi memastikan FC bersedia menghadapi Liga-M.

“MFL turut mengambil kira berkenaan Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 (FIFA dan AFC) Pasukan Kebangsaan, tarikh Asian Champions League 2021 dan AFC Cup 2021 yang melibatkan tiga pasukan dari Liga Malaysia.

“Selain daripada itu, kejohanan Piala AFF Suzuki 2021 (AFF) berlangsung pada 11 April hingga 8 Mei disusuli kejohanan AFC bawah 19 tahun (B-19) akan bermula 3 sehingga 20 Mac," katanya.

Sementara itu, Datuk Ab Ghani turut mengesahkan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah itu juga telah meluluskan prosedur Pengambilan dan Pendaftaran Pemain dan Pegawai Asing Musim di mana prosedur ini juga telah dibentangkan kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

"Saya berharap berharap, agar segala perancangan MFL bagi musim 2021 ini akan berjalan lancar dan bersama-sama berdoa supaya situasi COVID-19 di negara ini akan bertambah baik," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!