SPRM cari dua lelaki bantu siasatan

Yuen Hon Loong, Teo Hun Siang
Yuen Hon Loong, Teo Hun Siang
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cop keluar dan masuk di sempadan utama negara.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan lelaki pertama dikenali sebagai Yuen Hon Loong, 49, mempunyai dua alamat terakhir di Taman Kota, Yong Peng, Johor dan Batu 6 1/2 Jalan Klang Lama, Petaling Jaya, Selangor.

“Lelaki kedua, Teo Hun Siang, 36, mempunyai tiga alamat terakhir di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur; Pekan Baru Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan Sri Emas Condominium Jalan Hang Isap Off Jalan Galloway Kuala Lumpur, “ kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Muhamad Hairi Mustafa Kamal di talian 014-3042 195 / 03-8870 0512 atau e-mel ke alamat muhamadhairi@sprm.gov.my.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!