Fenomena air pasang besar: 10 rumah dinaiki air

Anggota bomba membuat pemantauan di kediaman Mohd Hazizi. Foto JBPM
Anggota bomba membuat pemantauan di kediaman Mohd Hazizi. Foto JBPM
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kira-kira 10 buah rumah di Kampung Losong Haji Mohd di sini dinaiki air malam tadi akibat hujan berterusan dan fenomena air pasang besar.

Air dikatakan mula naik mendadak sejak dari jam 9.30 malam menyebabkan beberapa kediaman penduduk dinaiki air sehingga 1.5 meter.

Salah seorang penduduk, Mohd Hazizi Muhamad, 32, berkata, penduduk di situ sudah terbiasa dengan fenomena air pasang besar yang berlaku setiap tahun.

"Kalau diikutkan, air naik sejak tiga hari lepas tapi hari ini paling tinggi sampai masuk ke dalam rumah.

"Sebelum ini, pernah juga kawasan rumah dinaiki air pada tahun 2014 dan itu yang paling teruk. Saya bersama isteri serta dua anak memang sentiasa berjaga-jaga setiap kali musim tengkujuh.

"Bagaimanapun, saya tak pernah berpindah ke pusat pemindahan kerana biasanya air naik dalam tempoh tiga hingga empat jam sebelum surut," katanya.< /p>

Rozizah (kanan) dan pasukannya membuat pemantauan air pasang besar di Losong, Kuala Terengganu. Foto JBPM
Rozizah (kanan) dan pasukannya membuat pemantauan air pasang besar di Losong, Kuala Terengganu. Foto JBPM

Wan Mohd Adlan Wan Ahmad, 28, pula mengakui walaupun sudah terbiasa dengan fenomena air pasang besar dan musim tengkujuh, perasaan takut itu tetap ada.

Artikel Berkaitan:

Katanya, beliau dan penduduk setempat biasanya sudah membuat persediaan awal dengan memindahkan barang ke tempat yang tinggi.

"Memang musim tengkujuh kami di sini tidak tidur lena kena bimbang kejadian buruk berlaku cuma tidak pernah berpindah kerana air akan surut," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!