Bekas menteri, Mokhtar Hashim meninggal dunia

Bekas Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mokhtar Hashim menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.10 pagi hari ini dipercayai di sebuah hospital di Ampang, Kuala Lumpur.
Bekas Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mokhtar Hashim menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.10 pagi hari ini dipercayai di sebuah hospital di Ampang, Kuala Lumpur.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim meninggal dunia pada usia 78 tahun awal pagi tadi.

Difahamkan bekas Ahli Parlimen Tampin itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.10 pagi dipercayai di sebuah hospital di Ampang, Kuala Lumpur.

Perkara itu disahkan isteri dan anak-anak Allahyarham melalui mesej di aplikasi WhatsApp.

Jenazah akan dibawa ke rumah mereka di Taman Tun Dr Ismail sebelum dikembumikan dijangka jam 11.30 pagi ini.

Allahyarham yang aktif berpolitik pada tahun 70-an dan 80-an pernah berkhidmat pada zaman Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir Mohamad memegang tampuk pimpinan negara.

Mokhtar Hashim. - Foto Facebook
Mokhtar Hashim. - Foto Facebook

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!