Daerah Setiu menjadi daerah pertama dilanda banjir
SETIU - Rokiah Zakaria, 74, (dua, kiri) yang ditemani cucunya Aiman Saiful, 20, keluar dari rumah untuk ke rumah anaknya setelah rumahnya dinaiki air awal pagi tadi berikutan hujan lebat ketika tinjauan di Kampung Bukit Nyior, Pelong hari ini.
Daerah Setiu menjadi daerah pertama dilanda becana itu dan dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka seawal 1 pagi tadi yang menempatkan 44 mangsa daripada 11 keluarga.
Dua PPS itu ialah di Balairaya Sungai Lerek dan Surau Kampung Bukit Nyior Pelong, kedua-duanya terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap. Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!