'Aksi Jerman terlalu teruk'

Jerman memahat sejarah pahit dibelasah dengan jumlah yang besar selepas 90 tahun dengan kali terakhir tewas 0-6 kepada Austria pada 1931.
Jerman memahat sejarah pahit dibelasah dengan jumlah yang besar selepas 90 tahun dengan kali terakhir tewas 0-6 kepada Austria pada 1931.
A
A
A

PENGENDALI Jerman, Joachim Low kecewa dengan persembahan yang dipamerkan para pemainnya selepas pasukan itu dibelasah 0-6 oleh Sepanyol dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA di Estadio de La Cartuja, awal pagi tadi.

Menurutnya, para pemainnya bermain dengan sangat teruk dan kekalahan besar seperti itu sukar untuk ditelan oleh pasukan gergasi Eropah itu.

"Ia sesuatu yang sangat sukar untuk dijelaskan ketika ini. Apa yang kami lakukan di atas padang semuanya tidak menjadi. Semuanya sangat teruk dalam semua aspek.

"Anda tidak nampak satu pun perkara baik yang kami lakukan hari ini. Kami cuba berani untuk menyerang, tetapi tidak berhasil.

"Selepas gol pertama lawan, kami bagaikan sudah menyerah sepenuhnya. Kami membuka permainan dan pemain Sepanyol sangat bijak untuk mengambil peluang.

"Kami bermain dengan tidak tersusun, tiada komunikasi antara kami dan kami menyerah begitu sahaja. Sukar untuk memperkatakan mengenai perkara ini," katanya.

Dalam perlawanan tersebut, penyerang Sepanyol, Ferran Torres melakar hatrik dan masing-masing satu gol daripada Alvaro Morata, Rodri dan Mikel Oyarzabal.

Kekalahan tersebut juga menyaksikan Jerman memahat sejarah pahit dibelasah dengan jumlah yang besar selepas 90 tahun dengan kali terakhir tewas 0-6 kepada Austria pada 1931.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Low sekali lagi ditanya kemungkinan untuk memanggil semula Thomas Muller, Jerome Boateng dan Mats Hummels yang sebelum ini digugurkan daripada skuad kebangsaan pada Mac tahun lalu.

Bagaimanapun, pengendali berusia 60 tahun itu tetap berkeras untuk tidak menyenaraikan semula ketiga-tiga pemain bintang itu dalam skuad Jerman.

"Kami sudah katakan bahawa kami mempercayai pemain yang ada. Kami berada pada laluan yang betul dan persembahan ini boleh diperbaiki pada masa akan datang," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!