Nelayan nyaris maut ikan masuk kerongkong

Nelayan nyaris maut selepas ikan masuk dalam kerongkongnya. - Foto Agensi
Nelayan nyaris maut selepas ikan masuk dalam kerongkongnya. - Foto Agensi
A
A
A

KAHERAH - Seorang nelayan Mesir nyaris maut selepas seekor ikan tersekat dalam kerongkongnya ketika sedang memancing di Sungai Nil baru-baru ini.

Mangsa, seorang lelaki berusia 40 tahun dari perkampungan Snur dikatakan sengaja mengurung ikan yang dipancingnya itu dalam mulut susulan tidak menang tangan menyentap joran lain.

"Ketika suasana kelam kabut joran lain ditarik ikan, mangsa memasukkan ikan kecil itu dalam mulutnya kerana tidak mahu ikan lain terlepas.

"Tiba-tiba ikan hidup dan licin yang cuba dikurung dalam mulutnya menggelongsor ke kerongkong dan dia menjadi sukar bernafas sehingga terpaksa dibawa ke hospital," kata jurucakap doktor di hospital di Beni Suef, Mesir.

Semasa di hospital, beberapa doktor terpaksa melakukan pembedahan endoskopik bagi mengeluarkan ikan terbabit yang hampir menutup ruang kerongkongnya.

Mujurlah pembedahan terbabit berjaya namun mangsa didapati hanya mengalami pendarahan kecil di kerongkongnya dan dipercayai akan pulih dalam masa yang singkat. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!