Beri Azmin peluang bantu Kelantan

Hafidz Rizal Amran
Hafidz Rizal Amran
A
A
A

JELI - Peluang dan ruang harus diberikan kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi membolehkan beliau membantu rakyat Kelantan.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Kelantan, Dr Hafidz Rizal Amran berkata,

beliau berharap semua pihak terbuka menerima pelantikan Azmin sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan sekali gus dapat memberikan kerjasama yang baik.

"Pelantikan ini dibuat berdasarkan arahan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan dibincangkan secara bersama oleh jemaah menteri di peringkat Persekutuan.

"Saya melihat ia suatu yang patut dialu- alukan dan berbangga apabila pemimpin yang cukup berkaliber sepanjang perkhidmatannya sebagai Ahli Parlimen Gombak dan Menteri Besar Selangor diberi peluang untuk membantu Kelantan," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Hafidz Rizal berkata, beliau percaya dengan visi dan misi yang dimiliki Azmin akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat Kelantan.

"Azmin mempunyai misi dan visi yang jelas untuk membangunkan negara selain sikap terbukanya yang diterima baik semua pihak," katanya.

Hafidz Rizal berkata, beliau berharap kontroversi di sebalik pelantikan Azmin akan segara reda bagi membolehkan matlamat memajukan Kelantan direalisasikan dengan baik.

Artikel Berkaitan:

"Kalau boleh hentikanlah bantahan dan rungutan, semoga pelantikan ini berjalan dengan lancar.

"Saya yakin dan percaya Azmin akan ambil kira semua pimpinan yang ada di Kelantan terutama Datuk Husam Musa, Aziz Kadir, Datuk Kamarudin Mohd Nor, ia akan menjadi gabungan yang terbaik untuk menjayakan misi dan visi selepas ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!