Tiga jenis premis dilarang jual arak

Kedai runcit, serbaneka dan kedai menjual ubat tradisional Cina sekitar Kuala Lumpur tidak dibenarkan menjual minuman alkohol bermula 1 Oktober tahun hadapan. - Foto 123RF
Kedai runcit, serbaneka dan kedai menjual ubat tradisional Cina sekitar Kuala Lumpur tidak dibenarkan menjual minuman alkohol bermula 1 Oktober tahun hadapan. - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kedai runcit, serbaneka dan kedai menjual ubat tradisional Cina sekitar Kuala Lumpur tidak dibenarkan menjual minuman alkohol bermula 1 Oktober 2021.

Penguatkuasaan itu bakal dilaksanakan susulan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memuktamadkan Garis Panduan (GP) dan Syarat Permohonan Lesen Minuman Keras baru-baru ini.

Bagaimanapun berdasarkan GP itu, pengecualian dibuat untuk penjualan alkohol bagi tujuan perubatan tradisional.

Menerusi kemas kini di laman Facebook, DBKL memaklumkan GP baharu itu bertujuan untuk mengawal kemudahdapatan penjualan dan pengambilan minuman beralkohol serta kawalan keselamatan, kesihatan warga kota.

“GP ini akan menjadi rujukan kepada semua pihak berkaitan yang akan diguna pakai dalam memproses permohonan baharu serta pembaharuan Lesen Minuman Keras di WPKL.

“GP dan syarat ini telah disemak serta melalui penambahbaikan melalui perbincangan bersama agensi berkaitan seperti Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya semalam.

Berdasarkan GP itu, premis perniagaan menjual minuman yang memabukkan tidak dibenarkan beroperasi berhadapan dengan balai polis, rumah ibadah, sekolah dan hospital.

Selain itu, pemohon atau pemegang lesen hanya dibenarkan kepada orang bukan beragama Islam.

Artikel Berkaitan:

Pemilik perniagaan juga mesti terdiri daripada orang bukan beragama Islam (Pemilik Tunggal/Perkongsian) dan majoriti orang bukan beragama Islam dalam lembaga pengarah syarikat.

Sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh merujuk GP dan syarat ini ditetapkan melalui pautan di http://elesen.dbkl.gov.my.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!