Mati tertiarap tepi longkang
BAGAN SERAI - Seorang lelaki ditemui mati di tepi longkang dalam keadaan tertiarap di pekarangan rumah kedai di Taman Bagan Serai, di sini petang tadi.
Mangsa, M Muthu, 49, berasal dari Kampung Keramat, di sini meninggal dunia di tempat kejadian setelah ditemui orang awam.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, lebih kurang jam 2.49 petang, pihaknya menerima panggilan terdapat satu mayat lelaki dijumpai di Taman Bagan Serai, di sini.
"Siasatan awal tempat kejadian mayat dijumpai di dalam longkang dalam keadaan tertiarap.
"Polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian," katanya kepada media di sini hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!