Penyelesaian harta Al-Mafqud perlu disegerakan

No Image Caption
A
A
A

ORANG hilang atau dalam bahasa Arab disebut Al-Mafqud merupakan golongan yang tidak pasti keadaan sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia. Isu Al-Mafqud menjadi perhatian semenjak tragedi MH370 yang dilaporkan hilang sejak 2014. Isu Al-Mafqud ini sebenarnya bukan menimbulkan persoalan dari aspek status sahaja, bahkan menimbulkan persoalan mengenai isu pengurusan harta milik Al-Mafqud disebabkan sepanjang tempoh kehilangan Al-Mafqud tersebut, hartanya dibekukan.

Bagi menyelesaikan isu harta tanah Al-Mafqud perlu mendapat perintah dari mahkamah. Wujud kekeliruan pula dikalangan masyarakat Islam samada untuk memilih Mahkamah Syariah atau mahkamah Sivil. Sistem perundangan Syariah, Deklarasi Anggapan Kematian digunakan dalam proses pembubaran perkahwinan antara suami isteri sahaja. Tempoh diperlukan negeri-negeri di Malaysia kecuali Terengganu adalah 4 tahun manakala Terengganu 7 tahun.

Manakala bagi isu harta pewarisan Al-Mafqud memerlukan Deklarasi Anggapan Kematian yang dikeluarkan oleh Makhamah Tinggi Sivil iaitu selepas 7 tahun. Selepas tempoh ini, pihak waris atau pihak yang berkepentingan boleh memohon dengan Mahkamah untuk mengeluarkan perintah Anggapan Kematian.

Maqasid Syariah

Wujud dua keadaan biasa berlaku iaituAl-Mafqud sebagai orang yang mewariskan harta dan Al-Mafqud sebagai ahli waris yang akan menerima warisan. Jika al-Mafqud sebagai orang yang mewariskan harta, Ulama sepakat bahawa harta miliknya ditahan lebih dahulu sehingga jelas statusnya atau perintah anggapan kematiannya dikeluarkan. Manakala jika al-Mafqud sebagai ahli waris, al-Mafqud tetap berhak menerima bahagiannya seperti masih hidup sehingga disahkan statusnya oleh mahkamah.

Harta tanah al-Mafqud sebenarnya jika dilihat dari sudut Maqasid Syariah membawa pembaziran besar yang sepatutnya dapat dimanfaatkan. Salah satu prinsip Maqasid Syariah adalah tentang perlindungan terhadap harta (Hifz al-mal). Islam sangat menggalakkan untuk mengembangkan harta dan melarang harta dibiarkan tidak produktif dan dianggap seperti mensia-siakan kurniaan Allah.

Kerangka Penyelesaian

perundangan undang-undang Sivil dan Syariah perlu diseleraskan terutama tempoh menunggu Al-Mafqud bagi mengelakkan kekeliruan dalam masyarakat. Selain itu, Mewujudkan undang-undang khas perlu segeradigubal seperti yang telah dilakukan di negara-negara luar Seperti Australia, Amerika Syarikat, Ireland dan Kanada bagi menjamin kebajikan Al-Mafqud serta ahli waris.

Artikel Berkaitan:

Kewujudan majlis pemegang amanah harta Al-Mafqud yang bebas pengaruh politik perlu ditubuhkan segera. Majlis mestilah terdiri wakil kerajaan dari setiap negeri,wakil ahli waris, Ahli-ahli profesional seperti pakar dari bidang ekonomi, undang-undang, pengurusan dan pentadbiran serta pakar agama bagi mendapatkan pandangan dan menyelaraskan polisi. Majlis ini perlu menyediakan polisi serta mempunyai hala tuju yang jelas terhadap pengurusan harta tanah Al-Mafqud.

Kempen publisiti secara meluas melalui saluran media massa seperti televisyen, radio, akhbar dan laman sosial mengenai kepetingan pengurusan dan pentadbiran harta Al-Mafqud perlu dilakukan bagi mewujudkan kesedaran terhadap masyarakat umum. Kesedaran di peringkat awal perlu diterapkan untuk kesan yang positif dan jangka masa yang panjang.

Kurikulum khas berkaitan hal ehwal pengurusan harta Al-Mafqud perlu diwujudkan di peringkat sekolah, Kesedaran di peringkat awal perlu diterapkan untuk kesan yang positif dan jangka masa yang panjang. manakala universiti perlu mempertingkatkan penyelidikan dalam memberi idea-idea yang segar secara lebih mendalam dan komprenhensif.

Penyelesaian perlu disegerakan agar isu yang wujud dalam harta tanah Al-Mafqud dapat diurus tadbir dengan baik serta berkesan. Banyak manfaat yang akan diterima bukan kepada ahli waris al-Mafqud sahaja, bahkan kepada masyarakat dan negara keseluruhannya.

*Sr Ts Dr Muhammad Azwan Sulaiman ialah Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Pengurusan Hartanah Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur (FSPU) Universiti Teknologi MARA Shah Alam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!