Iraq, Arab Saudi buka semula sempadan selepas tiga dekad ditutup

Sempadan darat utama yang menghubungkan Iraq dan Arab Saudi dibuka semual selepas 30 tahun ditutup.
Sempadan darat utama yang menghubungkan Iraq dan Arab Saudi dibuka semual selepas 30 tahun ditutup.
A
A
A

BAGHDAD - Iraq dan Arab Saudi semalam membuka semula sempadan darat utama yang menghubungkan kedua-dua negara selepas 30 tahun ditutup.

Sempadan Arar ditutup pada awal tahun 1990-an setelah pencerobohan Iraq ke atas Kuwait yang menyebabkan hubungan diplomatik Riyadh dan Baghdad terputus.

Hubungan diplomatik tidak dipulihkan sehingga tahun 2015.

Sehingga kini, sempadan itu hanya akan dibuka sekali setahun untuk menunaikan haji tahunan di Makkah.

Pembukaan semula sempadan Arar itu merupakan langkah penting untuk menjalin hubungan dan mempereratkan kerjasama ekonomi Iraq- Arab Saudi, selain sebagai alternatif berpotensi bagi memasuki negara jiran, Iran untuk membawa sebahagian besar importnya. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!