Boeing 737 MAX dibenar terbang semula

Pesawat Boeing 737 Max dibenarkan terbang semula selepas hampir dua tahun digantung operasi. - Foto AFP/Getty Images
Pesawat Boeing 737 Max dibenarkan terbang semula selepas hampir dua tahun digantung operasi. - Foto AFP/Getty Images
A
A
A

WASHINGTON - Pentadbiran Penerbangan Amerika meluluskan penerbangan semula pesawat Boeing 737 Max selepas hampir dua tahun digantung operasi.

Pesawat berkenaan melalui proses penilaian selama 20 bulan dan juruterbang akan diberikan latihan semula.

Pesawat itu digantung penerbangan di seluruh dunia pada bulan Mac 2019 selepas dua insiden kemalangan pesawat Ethiopian Airlines dan Lion Air yang mengorbankan nyawa 346 penumpang berlaku dalam tempoh lima bulan.

Ketua Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, Stephen Dickson menandatangani arahan pada Rabu untuk membatalkan penggantungan.

"Hari ini, kami mengambil langkah terakhir untuk membolehkan Boeing 737 Max kembali ke perkhidmatan komersial dengan selamat dan pagi ini saya menandatangani arahan yang membatalkan penggantungan yang dikeluarkan FAA pada 13 Mac 2019,” katanya.

Dickson berkata, perubahan reka bentuk dan latihan juruterbang yang diwajibkan oleh FAA menjadikan pesawat ‘tidak mungkin mengalami kemalangan yang sama yang membunuh 346 orang’

Dalam video FAA, Dickson berkata, buat masa ini FAA akan memeriksa setiap 737 Max baharu sebelum membenarkan pesawat itu terbang.

Syarikat penerbangan Amerika Syarikat akan dapat menerbangkan 737 Max selepas Boeing mengemas kini perisian dan komputer kritikal di setiap pesawat dan juruterbang mendapat latihan dalam simulator penerbangan.

Artikel Berkaitan:

Langkah itu diikuti pendengaran Kongres yang menyeluruh mengenai kemalangan yang menyebabkan kritikan terhadap FAA kerana pengawasan yang lemah dan Boeing bergegas melaksanakan sistem perisian baru yang meletakkan keuntungan melebihi keselamatan dan akhirnya menyebabkan pemecatan ketua pegawai eksekutifnya.

Penyiasat memberi fokus kepada perisian anti-pegun yang dihasilkan Boeing untuk mengatasi kecenderungan hidung pesawat menjunam kerana ukuran dan penempatan enjin.

Perisian itu mendorong hidung pesawat berulang kali ke bawah pada kedua pesawat malang itu dan menyukarkan juruterbang untuk mendapatkan kembali kawalan.

Dalam setiap kes, sensor yang bermasalah membuatkan hidung pesawat itu menjunam ke bawah.

Perisian baru kini memerlukan input dari dua sensor untuk mengaktifkan perisian.

Boeing berkata, perisian itu juga tidak akan mengatasi kawalan juruterbang seperti sebelum ini.

Boeing menukar perisian itu agar hidung pesawat tidak berulang kali menekan ke bawah untuk mengatasi kemungkinan terhenti aerodinamik.

Boeing juga perlu mengubah laluan wayar ke arah bar penstabil ekor pesawat.

Saham boeing meningkat 3.5 peratus kepada AS$217.38 pada awal dagangan Rabu.

Ia kira-kira separuh daripada paras tertinggi sepanjang masa AS$440.62 yang dicapai pada 1 Mac 2019, hanya beberapa hari sebelum kemalangan Ethiopia, lebih baik di atas paras AS$95 pada bulan Mac 2020 ketika wabak tersebut menyebabkan gangguan besar dalam perjalanan dan ekonomi global.

Isu Boeing 737 Max dan COVID-19 mengakibatkan pembatalan penghantaran pesawat dan Boeing hanya menghantar 111 pesawat tahun ini.

Ia berbanding 210 yang dihantar pada tahun lepas.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!