Syor wujudkan undang-undang keganasan wanita

Haniza Talha
Haniza Talha
A
A
A

KOTA BHARU - Pergerakan Wanita PKR hari ini mengesyorkan supaya satu undang-undang khusus berhubung keganasan terhadap wanita diwujudkan bagi membolehkan tindakan diambil ke atas mereka yang melakukan keganasan terhadap wanita, termasuk yang berkaitan gangguan seksual.

Ketuanya, Haniza Talha berkata, setakat ini belum ada peraturan khusus yang ditetapkan mengenainya, kerana apa yang ada kini hanya garis panduan untuk menangani gangguan seksual ditempat kerja, da ia tidak memadai kerana ada yang buat kesalahan tetapi hanya diberi amaran.

"Kita mahu kerajaan khususnya Kementerian Hal Ehwal Wanita dan Keluarga lebih tegas dalam perkara ini supaya pesalah dikenakan tindakan sewajarnya dan hak wanita terbela," katanya kepada pemberita di Konvensyen Wanita Keadilan Zon Timur 2019 di sini, hari ini.

Konvensyen dengan tema “Hentikan Keganasan Terhadap Wanita” itu turut dihadiri Ketua Wanita PKR Zon Timur, Nor Hanazalmah Mat Yusoff (Kelantan), Sitarunisah Ab Kadir (Pahang) dan Sharifah Norhayati Syed Omar (Terengganu).

Haniza berkata, semakin banyak kes membabitkan keganasan terhadap wanita dilaporkan, namun oleh kerana tiada peraturan khusus dan bimbang dikenakan tindakan atau dibuang kerja, pihak wanita biasanya mengambil pendekatakan mendiamkan diri dan terus berada dalam lingkaran keganasan itu.

Beliau yang juga Adun Lembah Jaya berkata wanita yang terlibat dengan keganasan boleh mendapatkan khidmat nasihat guaman percuma yang disediakan pihaknya di seluruh negara.-Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!