Britain haramkan penjualan kereta petrol, diesel menjelang 2030

Penjualan kereta dan van menggunakan petrol dan diesel akan berakhir pada tahun 2030 di Britain. - Foto 123RF
Penjualan kereta dan van menggunakan petrol dan diesel akan berakhir pada tahun 2030 di Britain. - Foto 123RF
A
A
A

LONDON - Britain akan mengharamkan penjualan kereta menggunakan bahan bakar petrol dan diesel pada tahun 2030.

Perdana Menteri, Boris Johnson mengeluarkan kenyataan itu dan mahu mempercepatkan 10 tahun lebih awal dari sekarang berbanding komitmen yang dinyatakan sebelum ini.

Johnson membuat janji itu sebagai sebahagian daripada rancangan untuk revolusi industri hijau yang dijangka mampu mencipta 250,000 peluang pekerjaan dalam sektor tenaga, pengangkutan dan teknologi.

"Saya rasa mereka boleh berbangga dengan komitmen kita (Britain) mengetuai dunia untuk menangani ancaman perubahan iklim dan pelaburan yang dilakukan sekarang.

Ia sama ada melalui Bantuan Pembangun Rasmi (ODA) atau cara lain dalam tangani masalah perubahan iklim itu," katanya.

Beliau menambah, penjualan kereta dan van menggunakan petrol dan diesel akan berakhir pada tahun 2030 dan kenderaan hibrid boleh dijual sehingga tahun 2035.

Bagaimanapun, pengeluar kenderaan juga pada masa sama menyuarakan keprihatinan mengenai sasaran tersebut yang disifatkan terlalu bercita-cita tinggi.

Rancangan hijau kerajaan juga merangkumi pelaburan dalam tenaga hidrogen dan teknologi penangkapan karbon.

Artikel Berkaitan:

Ini termasuk untuk menjana tenaga angin yang mencukupi bagi memberi kuasa kepada setiap rumah di United Kingdom menjelang 2030.

Selain itu, pelan itu juga merangkumi generasi baharu loji tenaga nuklear.

Kepentingan alam sekitar adalah sebahagian daripada usaha Johnson untuk bergerak keluar daripada isu Covid-19 dan Brexit selain memberi komitmen bersama untuk memerangi perubahan iklim serta isu pemanasan global.

Sekiranya perancangan berkenaan berjaya, ia memberi peluang pekerjaan baharu kepada bekas kawasan perindustrian di tengah dan utara England.

UK dijangka menjadi tuan rumah Persidangan Iklim Global (COP26) tahun depan, selepas penangguhan selama 12 bulan kerana pandemik Covid-19.

Menurut portal The Washington Post, tahun lalu, Britain juga berjanji untuk mengurangkan pelepasan karbon menjadi sifar menjelang 2050 seperti mana cadangan kempen Presiden Amerika Syarikat Joe Biden iaitu ‘revolusi alam sekitar’.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!