Koperasi jual beli emas rugi RM98,921 ditipu pelanggan

Sebuah koperasi yang menjalankan perniagaan jual beli emas di Kuantan, Pahang mendakwa kerugian RM98,921 akibat ditipu empat pelanggan yang menggunakan resit bank palsu sebagai bukti pembayaran pembelian emas secara dalam talian.
Sebuah koperasi yang menjalankan perniagaan jual beli emas di Kuantan, Pahang mendakwa kerugian RM98,921 akibat ditipu empat pelanggan yang menggunakan resit bank palsu sebagai bukti pembayaran pembelian emas secara dalam talian.
A
A
A

KUANTAN - Sebuah koperasi yang menjalankan perniagaan jual beli emas di sini mendakwa kerugian RM98,921 akibat ditipu empat pelanggan yang menggunakan resit bank palsu sebagai bukti pembayaran pembelian emas secara dalam talian.

Taktik licik kesemua pelanggan itu disedari pengadu yang juga bendahari koperasi berkenaan pada 16 November lalu selepas membuat semakan senarai pembeli.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, hasil semakan rekod transaksi melalui akaun bank koperasi terbabit mendapati tiada sebarang pembayaran dibuat sepertimana resit yang dikemukakan pembeli melalui WhatsApp.

Menurutnya, pengadu mendapati barang kemas yang dipesan sudah diposkan kepada empat pembeli tersebut.

"Pengadu mengesyaki pembeli mengemukakan resit bank palsu ketika berurusan dengan seorang ejen koperasi berkenaan untuk membeli emas secara dalam talian.

"Ekoran kejadian itu, pengadu membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan semalam untuk tindakan lanjut," katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Mohd Wazir berkata, polis turut merakam keterangan saksi bagi mengesan 'pembeli' terlibat dalam kes yang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!