Pecca sahkan seorang pekerja positif Covid-19

Syarikat pembuatan bahagian dalaman tempat duduk kulit automotif itu telah menutup operasi pengeluaran bermula 17 November dan mengarahkan semua pekerja pejabat untuk bekerja dari rumah.
Syarikat pembuatan bahagian dalaman tempat duduk kulit automotif itu telah menutup operasi pengeluaran bermula 17 November dan mengarahkan semua pekerja pejabat untuk bekerja dari rumah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Unit milik penuh Pecca Group Bhd, Pecca Leather Sdn Bhd (PLSB) mengesahkan salah seorang pekerjanya telah diuji positif Covid-19.

Syarikat berkenaan telah menutup operasi pengeluaran bermula 17 November dan mengarahkan semua pekerja pejabat untuk bekerja dari rumah.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Pecca, yang mengkhusus dalam pembuatan bahagian dalaman tempat duduk kulit automotif berkata, pengaturan telah dibuat untuk pekerja itu mendapatkan rawatan perubatan di hospital kerajaan.

“Kakitangan lain yang mempunyai kontak rapat dengan pekerja tersebut sedang kuarantin kendiri di tempat yang telah ditetapkan,” katanya.

Ia berkata, PLSB telah mengambil langkah berjaga-jaga dan pencegahan, seperti menjalankan ujian Covid-19 ke atas semua pekerja asrama, pekerja operasi, kakitangan pejabat dan pengawal keselamatan pada 17 November.

“Pada masa ini, kami sedang menunggu keputusan tambahan daripada ujian yang dijalankan dan akan memberi maklumat terkini yang sewajarnya,” katanya.

Ia menambah syarikat akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan akan memberikan maklumat terkini mengenai jangkaan penyambungan semula operasi pengeluaran seperti dinasihatkan oleh KKM. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!