'Empat peniaga masih ingkar'

Anggota KPDNHEP Kuala Lumpur melakukan pemeriksaan di premis perniagaan menjual barangan keperluan di sekitar ibu negara ketika tempoh Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2020 bermula 9 November sehingga semalam.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur telah mengenakan tindakan ke atas empat buah premis perniagaan yang ingkar sepanjang tempoh Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2020 bermula 9 November sehingga semalam.

Pengarahnya, Ariffin Samsudin berkata, sebanyak 980 premis telah diperiksa sepanjang tempoh tersebut membabitkan pasar basah, pasar raya, pasar raya besar dan kedai-kedai runcit di sekitar di ibu negara.

"Sepanjang tempoh itu, kita telah mengambil empat tindakan undang-undang terhadap peniaga yang ingkar dengan kompaun berjumlah RM700.

"Tiga peniaga dikenakan tindakan di bawah Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga oleh Penjual Runcit) 1993 kerana gagal mempamerkan tanda harga semasa menjalankan perniagaan dan seorang lagi telah diberikan amaran kerana gagal menggunakan tanda harga khas berwarna merah jambu (pink plate)," katanya kepada Sinar Harian.

Anggota KPDNHEP Kuala Lumpur melakukan pemeriksaan di premis perniagaan menjual barangan keperluan di sekitar ibu negara ketika tempoh Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2020 bermula 9 November sehingga semalam.
Anggota KPDNHEP Kuala Lumpur melakukan pemeriksaan di premis perniagaan menjual barangan keperluan di sekitar ibu negara ketika tempoh Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2020 bermula 9 November sehingga semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata, rata-rata peniaga didapati menjual barangan terkawal pada harga maksimum yang telah ditetapkan oleh Kerajaan serta mematuhi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Katanya, barang-barang kawalan juga didapati mudah diperoleh dan tidak mengalami sebarang gangguan manakala kerjasama serta pematuhan peniaga juga didapati memberangsangkan sepanjang pelaksanaan skim pada kali ini.

"Bagaimanapun, peniaga tetap diingatkan agar memastikan tanda harga dipamerkan dengan jelas serta tidak mengelirukan pengguna.

Artikel Berkaitan:

"Kegagalan berbuat demikian menjadi satu kesalahan dan tindakan perundangan boleh diambil ke atas peniaga yang terbabit," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!