Tiga maut tertimbus, lombong emas runtuh

Tiga pelombong maut apabila sebuah lombong emas haram runtuh pada semalam di Kalimantan Tengah, Indonesia. Gambar hiasan. - Foto Reuters
Tiga pelombong maut apabila sebuah lombong emas haram runtuh pada semalam di Kalimantan Tengah, Indonesia. Gambar hiasan. - Foto Reuters
A
A
A

JAKARTA - Tiga pelombong maut apabila sebuah lombong emas haram runtuh pada semalam di Kalimantan Tengah, Indonesia, lapor agensi berita Xinhua memetik seorang pegawai kanan agensi bencana tempatan hari ini.

Tujuh lagi dipercayai masih tertimbus dan peluang untuk mangsa ditemui hidup adalah tipis.

Menurut Ketua Jabatan Logistik agensi pengurusan bencana tempatan, Martogi Siahaan, kejadian berlaku ketika 10 pelombong itu sedang bekerja dilombong yang terletak di Sungai Seribu di daerah Kotawaringin Barat,

"Pasukan penyelamat menemui dua mayat pelombong dan usaha mengesan mangsa yang tertimbus masih dijalankan," katanya.

Misi mencari dan menyelamat turut membabitkan anggota tentera, petugas agensi bencana dan sukarelawan.

Dua lagi pelombong dilaporkan selamat.

Kerajaan Indonesia melarang aktiviti perlombongan haram ekoran banyak kemalangan berlaku yang meragut puluhan nyawa.

Aktiviti perlombongan haram menyebabkan berlakunya penebangan hutan yang mencetuskan banjir kilat. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!