Jadikan perhimpunan riadah

No Image Caption
A
A
A

AWANG terkejut juga dengan berita bahawa sejak Pilihan Raya Umum ke-14 pada bulan Mei 2018, seramai 10 orang wakil rakyat telah meninggal dunia.

Pada masa ini terdapat 821 wakil rakyat, 222 daripada mereka ahli Parlimen dan 599 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Memang ajal maut di tangan Tuhan, tapi kita kenalah berusaha agar jaga kesihatan sebaik mungkin. Memang patut wakil rakyat kita mengamalkan gaya hidup sihat, beriadah dan kurangkan makan enak.

Di luar sana banyak rakyat yang makan sehari sekali pada masa ini. Banyak yang kena buang kerja. Ini waktu susah. Macam-macam cerita kita dengar bagaimana susahnya rakyat pada masa ini.

Awang setuju sangat wakil rakyat diwajibkan jalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali. Ini penting bagi mengetahui keadaan kecerdasan mereka. Jikalau mereka sihat lebih mudahlah mereka turun padang.

Awang tak nampak alasan mereka kata sibuk hingga tak boleh habiskan masa setengah jam sehari untuk beriadah.

Mungkin selepas PKP nanti, Tan Sri Perdana Menteri perlu buat perhimpunan bulanan cara lain. Kali ini beriadah bersama Menteri, Timbalan Menteri dan kakitangan kerajaan di Putrajaya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!