Padat alu-alukan sumbangan setem, barangan filatelli

Abdullah Anas menunjukkan antara setem yang dikumpulkan untuk ditempatkan di sebuah muzium dalam proses pembinaan sejak awal April lalu di Seksyen 14, Shah Alam, Selangor. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
Abdullah Anas menunjukkan antara setem yang dikumpulkan untuk ditempatkan di sebuah muzium dalam proses pembinaan sejak awal April lalu di Seksyen 14, Shah Alam, Selangor. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

SHAH ALAM - Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) mengalu-alukan sumbangan koleksi setem atau barangan berkaitan filatelli untuk ditempatkan di sebuah muzium setem yang sedang melalui proses pembinaan sejak awal April lalu di Seksyen 14, di sini.

Kurator Padat, Abdullah Anas Abu Bakar berkata, koleksi setem yang dikumpulkan itu bukan sahaja bagi tujuan pameran malah dapat menjadi ingatan untuk dihayati oleh seluruh lapisan masyarakat di negara ini.

“Pihak kami berharap agar mereka yang mempunyai koleksi setem atau barangan filatelli dapat tampil membuat sumbangan bagi ditempatkan di muzium itu. Padat akan memberikan sijil kepada mereka sebagai penghargaan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sini semalam.

Antara koleksi setem yang akan ditempatkan di muzium berkenaan. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
Antara koleksi setem yang akan ditempatkan di muzium berkenaan. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR

Mengulas lanjut, Abdullah Anas berkata, pembinaan muzium seluas 8,580 kaki persegi itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi dan ia bakal dibuka kepada umum sekitar tahun 2025 depan.

Beliau berkata, pembinaan itu juga adalah selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini yang menginginkan sebuah muzium setem dibina di negeri berkenaan.

“Muzium ini perlu diwujudkan bagi menjadi sebagai sebuah pusat yang mempamerkan koleksi setem dan barangan filatelli yang mempunyai sejarah besar di negara ini.

“Tambahan pula, pembinaannya di Selangor juga bertepatan kerana negeri ini menjadi negeri terawal yang mempunyai persatuan atau kelab setem sendiri,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, mana-mana pihak yang berminat untuk menyumbang setem atau barangan filatelli boleh berhubung dengan Ibu Pejabat Padat di talian 03-55190050 atau emailkan kepada anas@padat.gov.my.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!