OKU terperangkap banjir diselamatkan

Pasukan bomba mengusung seorang OKU ke tempat lebih selamat selepas rumahnya di Kampung Batu 7 Ijok dinaiki air semalam.
Pasukan bomba mengusung seorang OKU ke tempat lebih selamat selepas rumahnya di Kampung Batu 7 Ijok dinaiki air semalam.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang mangsa banjir orang kurang upaya (OKU) yang terperangkap di rumahnya di Kampung Batu 7 Ijok di sini semalam.

Mangsa dikenali Khairul Izam, 40, yang mengalami kecacatan bahagian kaki terperangkap selepas rumahnya dinaiki air.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.40 petang semalam.

"Seramai enam anggota bomba kemudian dikejarkan ke lokasi bagi membantu mangsa banjir," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Hafisham berkata, sebaik tiba, pihak bomba mengeluarkan mangsa dari rumahnya dengan mengusungnya ke tempat selamat.

"Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak keluarga untuk dibawa ke rumah adiknya.

"Proses memindahkan mangsa mengambil masa selama 15 minit dan operasi tamat pada jam 8.20 malam," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!