Bank Rakyat tawar Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang

Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang membantu individu menguruskan bayaran ansuran seperti kad kredit, pembiayaan kenderaan dan pembiayaan peribadi secara lebih efektif dengan menyatukan kesemuanya ke dalam satu pembiayaan.
Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang membantu individu menguruskan bayaran ansuran seperti kad kredit, pembiayaan kenderaan dan pembiayaan peribadi secara lebih efektif dengan menyatukan kesemuanya ke dalam satu pembiayaan.
A
A
A

SETIAP individu hampir pasti akan mendapatkan kemudahan kredit (pembiayaan) bagi memiliki aset seperti rumah, kenderaan dan kelengkapan lain.

Lazimnya, kita dapat membahagikan seorang individu kepada dua golongan.

Golongan 1: Memiliki hanya satu akaun pembiayaan.

Golongan 2: Memiliki lebih daripada satu akaun pembiayaan dengan institusi kewangan yang berlainan.

Justeru, hal ini boleh mendatangkan tekanan kepada individu yang tergolong dalam golongan 2 berikutan jumlah pembiayaan yang tinggi ditambah pula dengan banyak ansuran yang perlu dibayar pada tarikh yang berbeza.

Tambahan pula, pada 30 September 2020, tempoh moratorium (penangguhan) pembiayaan bank yang diumumkan Perdana Menteri akibat kesan pandemik Covid-19 telah berakhir, selepas diberi pelepasan selama enam bulan berkuat kuasa 1 April lalu.

Adakah anda mengalami kesukaran dalam menguruskan pembiayaan anda setelah tempoh moratorium berakhir? Anda memerlukan satu jalan keluar bagi memudahkan urusan pembayaran hutang-hutang anda? Bank Rakyat ada penyelesaiannya.

Artikel Berkaitan:

Tiga langkah penyatuan hutang Bank Rakyat.
Tiga langkah penyatuan hutang Bank Rakyat.

Kempen Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang yang dijalankan oleh Bank Rakyat adalah satu peluang yang bakal mengubah corak pengurusan kewangan anda setiap bulan. Lebih mudah dan lebih menguntungkan!

1. Apa yang perlu anda tahu tentang kempen Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang Bank Rakyat?

Penyatuan hutang bermaksud mengambil pembiayaan peribadi untuk menyelesaikan beberapa pembiayaan yang lain. Melalui kaedah ini, anda hanya perlu membayar ansuran bagi satu pembiayaan sahaja, sekali gus berpeluang mengurangkan jumlah bayaran ansuran bulanan pembiayaan anda.

2. Siapakah yang digalakkan untuk melanggan Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang?

Kami menggalakkan individu yang mempunyai lebih daripada satu pembiayaan dengan institusi kewangan yang berbeza untuk menguruskan bayaran ansuran seperti kad kredit, pembiayaan kenderaan dan pembiayaan peribadi secara lebih efektif dengan menyatukan kesemuanya ke dalam satu pembiayaan.

3. Apakah kelebihan Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang Bank Rakyat?

Pelanggan berpeluang untuk mendapatkan kadar keuntungan yang lebih rendah berbanding kadar keuntungan sedia ada. Menerusi kempen ini, pelanggan boleh menikmati kadar keuntungan serendah 2.38%* setahun. Malah, lebihan tunai daripada penjimatan ansuran ini boleh digunakan untuk tujuan peribadi anda.

Secara mudahnya, pembiayaan ini memberi peluang kepada pelanggan untuk menumpukan kepada satu ansuran sahaja pada setiap bulan, di samping memberikan lebihan tunai kepada pelanggan dengan pengurangan bayaran ansuran bulanan pembiayaan mereka. Ini peluang terbaik untuk anda mengelakkan masalah dalam menguruskan akaun pembiayaan selepas tamat tempoh moratorium.

Pelanggan yang berminat boleh mendapatkan anggaran kelayakan pembiayaan dengan mengunjungi cawangan Bank Rakyat berhampiran atau menghubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1 300 80 5454.

Manfaat yang anda akan dapat:

- Fokus pada satu ansuran sahaja

- Kadar keuntungan serendah 2.38%* setahun.

- Penukaran daripada pinjaman konvensional ke pembiayaan patuh syariah.

- Jumlah pembiayaan sehingga RM200,000.

- Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!