Penunjuk perasaan ves kuning di Perancis terus berhimpun

Penunjuk perasaan ves kuning mahu penggunaan senjata LBD diharamkan.- Foto AFP
Penunjuk perasaan ves kuning mahu penggunaan senjata LBD diharamkan.- Foto AFP
A
A
A

PARIS - PERANCIS. Penunjuk perasaan ves kuning di Perancis mengadakan demonstrasi bagi membantah keganasan polis ketika himpunan di seluruh negara.

Tunjuk perasaan di Place de la Republique semalam, dihadiri kira-kira 13,800 peserta yang turut membantah penggunaan senjata dikenali sebagai LBD, yang sering mendatangkan kecederaan kepada penunjuk perasaan.

Dalam pada itu, kehadiran salah seorang pemimpin utama protes, Jerome Rodriguez yang cedera di mata ketika perhimpunan terdahulu, disambut meriah oleh peserta demonstrasi.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, sejumlah 59 peguam menerbitkan surat terbuka di laman berita France Info bagi mengutuk layanan kasar terhadap penunjuk perasan ves kuning di mahkamah.

Menurut mereka, kebanyakan penunjuk perasan yang dihadapkan ke mahkamah tidak diberi keadilan sewajarnya. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!