Gempa bumi kuat berhampiran pantai Chile
KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter berlaku berhampiran pantai Chile pada jam 8.54 pagi tadi (waktu di Malaysia).
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini, gempa itu berlaku kira-kira 144 kilometer (km) barat laut dari Talca, Chile pada kedalaman 10 kilometer.
Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!