[VIDEO] Sindiket cop palsu: Seorang lagi ditahan, 3 kenderaan mewah disita
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen dan anggota Jabatan Imigresen Malaysia bagi siasatan berhubung kes sindiket rasuah dalam urusan penggunaan cop palsu keluar dan masuk di sempadan negara.
Menurut sumber, tiga kenderaan mewah itu adalah dua buah Toyota Vellfire dan sebuah Toyota Passo.
"Sitaan dibuat susulan penahanan terbaharu timbalan pengarah dan dua anggota imigresen kelmarin.
“Bagaimanapun, tiada wang tunai yang dirampas dalam penahanan terbaharu ini dan siasatan masih dijalankan," katanya hari ini.
Tambah sumber, SPRM turut menahan seorang lagi individu disyaki terlibat dalam sindiket berkenaan.
Sebelum ini, media melaporkan modus operandi sindiket berkenaan dalam mengatur 'setting' di kaunter-kaunter imigresen khusus di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dan klia2 yang menurutnya turut didalangi ejen di luar negara.
Terdahulu Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd Razali tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan ditahan berhubung sindiket terbabit.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.
Isnin lalu, SPRM dilaporkan menahan 46 individu termasuk 27 pegawai Jabatan Imigresen dalam serbuan serentak di empat negeri yang disyaki terlibat dengan sindiket penggunaan guna cop palsu keluar dan masuk di sempadan negara.
ARTIKEL BERKAITAN: Pegawai kanan, dua anggota Jabatan Imigresen ditahan
SPRM tahan pegawai imigresen, tiga ejen, rampas empat kereta mewah
Palsu cap sempadan: 13 termasuk sembilan anggota imigresen direman
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!