Hantar banyak borang peraduan
KUANTAN - Hadiah lumayan yang ditawarkan selain soalannya mudah mendorong seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di sini mencuba nasib untuk menyertai Peraduan Sinar Harian Di Hatiku.
Norhaslinda Sani, 32, dari Bukit Pelindung di sini berkata, dia akan menghantar seberapa banyak mungkin penyertaan sebelum tarikh tutup peraduan berkenaan pada 29 November ini.
Ketika ini, katanya, dia sudah menghantar dua penyertaan dan kini sedang melengkapkan penyertaan ketiga dan seterusnya.
“Menang atau kalah itu belakang kira, yang penting kena cuba. Kalau menang, Alhamdulillah rezeki. Tidak dapat hadiah utama, dapat hadiah kedua, ketiga atau saguhati pun jadilah.
“Apa-apa pun, macam peserta lain jugalah, kalau boleh nak menanglah. Lagi berbaloi kalau dapat hadiah utama wang tunai RM30,000,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
Norhaslinda berkata, sepanjang menjawab soalan yang diberikan, dia juga mendapat banyak informasi terutama tentang destinasi pelancongan di negara ini.
“Seronok juga sambil jawab soalan boleh tambah pengetahuan,” katanya.
Menurutnya, usaha Sinar Harian menganjurkan peraduan itu membantu mendekatkan pembaca dengan akhbar berkenaan.
Menurutnya, ia menjadi satu tarikan kepada pembaca untuk membeli Sinar Harian setiap hari sama seperti dirinya.
“Kalau sebelum ini saya tidak beli surat khabar ini setiap hari, tetapi sejak peraduan ini bermula 5 Oktober lalu, setiap hari saya wajib beli Sinar Harian untuk melengkapkan penyertaan,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!