Kuala Lumpur tak mahu boros

Nokman
Nokman
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) membayangkan tidak akan berbelanja besar bagi mempersiapkan pasukan mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa berkata, KLFA mahu berjaga-jaga dan bersedia dengan sebarang kemungkinan terutamanya dalam keadaan pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir.

“Saya akui kemungkinan perbelanjaan kami berkurangan sedikit dengan beberapa langkah yang kami akan ambil sebagai persediaan untuk menghadapi Liga-M pada musim depan.

“Kami juga akan berbincang dengan pemain, contohnya kami tawarkan gaji RM20,000 sebulan kepada mereka dan berapa (jumlah) pula mereka boleh bagi balik kepada kami sekiranya liga terpaksa ditangguhkan.

“Kalau liga ikut jadual semasa, maka kita tidak ada masalah untuk bagi gaji seperti yang ditetapkan dalam kontrak. Perkara itu kita akan bincang dengan pemain-pemain.

“Kami akan turut menilai pemain-pemain lama dalam pasukan yang dilihat hanya sebagai ‘penumpang’, maka kami akan lepaskan, Sebaliknya, kami akan ‘naikkan’ pemain-pemain muda yang ada potensi,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Terdahulu, Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan menasihatkan setiap pasukan supaya mengamalkan pendekatan ‘belanja berhemah’ dalam usaha membawa masuk pemain atau jurulatih musim depan.

Sementara itu, menurutnya, beberapa pihak penaja menyatakan kesediaan untuk menaja skuad The Hawks itu, namun belum ada sebarang perbincangan rasmi diadakan.

Artikel Berkaitan:

“Kami juga mengalu-alukan penaja yang sudi menjadi penaja pasukan musim depan. Kalau ada yang sudi kami sedia berbincang. Kalau ada ramai penaja pun tiada masalah kerana pasukan telah menjadi kelab dan penaja boleh membeli saham kelab,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!