Hina Agong: 3 lagi NGO lapor polis

Laporan polis dibuat oleh NGO terhadap individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong
Laporan polis dibuat oleh NGO terhadap individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong
A
A
A

CHENOR - Tercabar dengan sikap biadab seorang pengguna laman Facebook, tiga NGO telah membuat laporan polis berkaitan penghinaan terhadap Yang Dipertuan Agong ke-16, Al Sultan Abdullah Riayatuddin A Mustafa Billah Shah ibni Sultan Ahmad Shah di sini, semalam.

NGO tersebut ialah Club Tourism Chenor (CTC), Galeri pelancongan dan Persatuan Chenor Di Hati.

No Image Caption

Pengerusi CTC, Datuk Mohamed Arifin Awang Ismail berkata, ketiga-tiga NGO tersebut membuat laporan itu tanpa ada paksaan dan desakan mana-mana pihak terhadap individu yang menggunakan nama Desmond Yongkor yang telah memuat naik kenyataan biadab mencerca Yang di-Pertuan Agong pada 31 Januari 2019.

“Tindakannya bukan sahaja menghina baginda dan Paduka Ayahanda Tuanku tetapi menghina dan mencabar Perlembagaan Negara dan institusi-institusi Beraja, di mana Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara dan Ketua Agama Islam.

“Baginda adalah mercu kuasa dan kedaulatan; tempat sekalian rakyat menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi.

“Kata-kata pengguna laman Facebook tersebut amat mengguris hati umat Islam dan bangsa Melayu. Tujuan laporan ini dibuat adalah untuk mendesak kerajaan dan pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas menangkap dan menghukum berat terhadap beliau atau sesiapa juga individu yang menghina dan meremehkan Perlembagaan negara dan institusi beraja, seperti undang-undang yang diamalkan di negara Thailand, agar menjadi teladan dan tidak diulang lagi,” tegasnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!